CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, January 9, 2008

PENGURUSAN KURIKULUM

PERKARA-PERKARA PENTING DALAM PENGURUSAN KURIKULUM

* Pengurusan Jawatankuasa Kurikulum sekolah

* Pengurusan Panitia

* Pengurusan Pusat Sumber

* Pengurusan Buku Rekod mengajar Guru

* Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran

* Pengurusan Jadual Waktu

* Pengurusan Guru Ganti

* Pengurusan Semakan Nota dan Latihan Murid

* Pengurusan Program Peningkatan Prestasi Akademik

* Pengurusan Peperiksaan PMR / SPM

* Pengurusan Penilaian, Pentaksiran dan Peperiksaan Dalaman Kerja kursus PMR

* Pengurusan Perkembangan Staff

* Laporan dan Tindakan

* Pengurusan Penilaian, Pentaksiran dan Peperiksaan Awam

* Pengurusan Kecemerlangan PMR

* Pengurusan Kursus Dalaman Guru

0 comments:

PENGURUSAN PANITIA SEJARAH

Tujuan panitia mata pelajaran yang dikenalpasti adalah seperti berikut:

1.1.1 memperbaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran-pembelajaran;

1.1.2 berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran;

1.1.3 memperbaiki prestasi pelajar-pelajar dalam peperiksaan (berasaskan sekolah dan awam) dalam mata pelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan kepada prestasi/sasaran yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah;

1.1.4 mewujudkan semangat bekerjasama di antara panitia mata pelajaran dengan persatuan atau kelab akademik.

1.2 Peranan Panitia Peranan panitia yang dianggap perlu dilaksanakan sejajar dengan peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas adalah seperti berikut:

1.2.1 memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk kegunaan ahli-ahli panitia;

1.2.2 menyediakan rancangan mengajar untuk kedua-dua semester dalam tahun persekolahan. Rancangan mengajar ini diselaraskan di antara guru dalam sesuatu tingkatan dan juga di antara tingkatan di mana ada kaitan;

1.2.3 memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku teks untuk digunakan oleh pelajar-pelajar berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dari segi kehendak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan mereka;

1.2.4 memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran para pelajar dan kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah;

1.2.5 menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan (berasaskan sekolah) yang disediakan bagi tiap-tiap tingkatan atau darjah dan jika perlu menubuhkan bank soalan;

1.2.6 mengkaji dan menganalisa keputusan peperiksaan pelajar-pelajar dalam tiap-tiap peperiksaan berasaskan sekolah (khususnya peperiksaan pertengahan dan akhir tahun) dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan pengajaran dan pembelajaran;

1.2.7 mengadakan mesyuarat panitia secara berkala, sekurang-kurangnya sekali semester dan mengadakan perjumpaan-perjumpaan secara ‘ad-hoc’ bila dan jika perlu;

1.2.8 mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara formal atau tidak formal) untuk memikir dan membincangkan masalah-masalah atau isu-isu yang berkaitan, seperti masalah-masalah yang berhubung dengan kaedah mengajar serta mencari penyelesaian kepada masalah-masalah atau isu-isu tersebut;

1.2.9 bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi setelah mengikuti kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain;

1.2.10 mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran;

1.2.11 bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan.

1.2.12 bekerjasama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam usaha ke arah memajukan pelajar-pelajar yang lemah dalam mata pelajaran tertentu.

1.2.13 melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan minit mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia;

1.2.14 menyelenggara fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan.

RAWANG NET ENTERPRISE

CITY CYBER : PUSAT MAKLUMAT ANDA

KAMI JUGA MENJUAL PC , LAPTOP DAN UPGRADE COMPUTER

SUKOSENSEI DAIGAKU NO GAKUSEI

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

SUKO DESU