CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, October 9, 2009

PEMUPUKAN PATRIOTISME MELALUI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH




pemupukan patriotisme hanyalah berkisar tentang semangat perjuangan menentang penjajah. lebih mudah dilaksanakan dalam tajuk-tajuk seperti perluasan pengaruh dan penapakan kuasa British di Negara kita , perjuangan tokoh-tokoh tempatan menentang penjajahan British dan tindak balas untuk menebus maruah bangsa dan negara yang jelas berkaitan langsung dengan konsep menentang penjajah sebagai satu perkara asas untuk menimbulkan , mengaitkan dan menanam semangat patriotik kepada Negara.
‘ konsep menentang penjajah sebagai satu elemen patriotisme sudah tidak lagi dominan dalam permikiran pelajar kita.

SUKATAN PELAJARAN

Patriotisme adalah perasaan yang kuat terhadap tanah air . Perasaan ini perlu wujud di hati setiap individu rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Sehubungan itu , semangat patriotik dapat membentuk rakyat Malaysia yang bersatu padu dan harmoni. Justeru , berdasarkan pengetahuan dan pemahaman aspek-aspek sejarah negara, murid dibimbing untuk menganalisis dan menilai fakta-fakta sejarah secara rasional. Natijah daripada pemahaman dan penghayatan sejarah negara , para pelajar dapat membina kekuatan semangat cinta akan negara. ( PPK , 2000 , 4 )



5 UNSUR PATRIOTISME

bangga sebagai rakyat Malaysia
bersemangat setia Negara
semangat kekitaan
berdisiplin
berusaha dan produktif

Pemupukan semangat patriotisme

mestilah mengakibatkan perubahan paradigma pelajar dalam pemikiran dan perasaan mereka terhadap Negara.
pemupukan semangat patriotisme harus ditekankan kepada perubahan sifat dalaman pelajar itu sendiri. Maklumat yang disampaikan haruslah menjadi satu agen yang mampu mengubah pemikiran pelajar

PEMIKIRAN SEJARAH

Patriotisme bukan sekadar semangat perjuangan menentang penjajah tetapi lebih luas daripada itu dan lebih besar lagi jika kita berusaha untuk memajukan Negara dan berfikir bagaimana untuk menjaga , memerlihara dan mengekalkan kemerdekaan
bukan sekadar kefahaman guru bahawa untuk menjadikan seseorang itu patriotik ia mestilah menyanyikan dan menghormati lagu-lagu patriotik atau lagu kebangsaan , menaikkan bendera serta menyertai dan menyambut bulan kemerdekaan semata-mata

KAJIAN MASA DEPAN

guru perlu menjurus kepada tahap pemikiran tinggi supaya pelajar yang kita hasilkan mampu membuat analisis dan tafsiran tentang unsur patriotisme secara mendalam , rasional dan prakmatik.
Guru juga membuat andaian bahawa pelajar faham apakah unsur patriotisme yang kita hendak pupukkan Mereka sendiri boleh faham dan mentafsirkan daripada contoh yang kita berikan . Adakah semua pelajar kita berkemampuan membuat sedemikian? Kalaupun mampu di tahap pemikiran mana mereka berada? Adakah hanya sekadar di aras pengetahuan atau kefahaman sahaja.
peranan penting seorang guru sejarah ialah untuk membentuk , mengasah dan menajamkan pemikiran pelajar melalui proses pengajaran dan pembelajaran sejarah.
Sejarah sebenarnya membantu kita membentuk dan membina satu kerangka pemikiran dan menanam ingatan bersama berkaitan sesuatu peristiwa yang telah berlaku dan menjadikannya satu pengajaran dan pengalaman berguna di masa hadapan bukan sekadar maklumat semasa sahaja tetapi juga sejarah masa hadapan.

PENGURUSAN PANITIA SEJARAH

Tujuan panitia mata pelajaran yang dikenalpasti adalah seperti berikut:

1.1.1 memperbaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran-pembelajaran;

1.1.2 berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran;

1.1.3 memperbaiki prestasi pelajar-pelajar dalam peperiksaan (berasaskan sekolah dan awam) dalam mata pelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan kepada prestasi/sasaran yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah;

1.1.4 mewujudkan semangat bekerjasama di antara panitia mata pelajaran dengan persatuan atau kelab akademik.

1.2 Peranan Panitia Peranan panitia yang dianggap perlu dilaksanakan sejajar dengan peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas adalah seperti berikut:

1.2.1 memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk kegunaan ahli-ahli panitia;

1.2.2 menyediakan rancangan mengajar untuk kedua-dua semester dalam tahun persekolahan. Rancangan mengajar ini diselaraskan di antara guru dalam sesuatu tingkatan dan juga di antara tingkatan di mana ada kaitan;

1.2.3 memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku teks untuk digunakan oleh pelajar-pelajar berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dari segi kehendak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan mereka;

1.2.4 memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran para pelajar dan kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah;

1.2.5 menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan (berasaskan sekolah) yang disediakan bagi tiap-tiap tingkatan atau darjah dan jika perlu menubuhkan bank soalan;

1.2.6 mengkaji dan menganalisa keputusan peperiksaan pelajar-pelajar dalam tiap-tiap peperiksaan berasaskan sekolah (khususnya peperiksaan pertengahan dan akhir tahun) dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan pengajaran dan pembelajaran;

1.2.7 mengadakan mesyuarat panitia secara berkala, sekurang-kurangnya sekali semester dan mengadakan perjumpaan-perjumpaan secara ‘ad-hoc’ bila dan jika perlu;

1.2.8 mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara formal atau tidak formal) untuk memikir dan membincangkan masalah-masalah atau isu-isu yang berkaitan, seperti masalah-masalah yang berhubung dengan kaedah mengajar serta mencari penyelesaian kepada masalah-masalah atau isu-isu tersebut;

1.2.9 bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi setelah mengikuti kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain;

1.2.10 mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran;

1.2.11 bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan.

1.2.12 bekerjasama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam usaha ke arah memajukan pelajar-pelajar yang lemah dalam mata pelajaran tertentu.

1.2.13 melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan minit mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia;

1.2.14 menyelenggara fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan.

RAWANG NET ENTERPRISE

CITY CYBER : PUSAT MAKLUMAT ANDA

KAMI JUGA MENJUAL PC , LAPTOP DAN UPGRADE COMPUTER

SUKOSENSEI DAIGAKU NO GAKUSEI

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

SUKO DESU